Sebanyak 1,482 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan pada 31 Mac menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 345,500 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 661 kes diikuti Pulau Pinang (200) dan Sarawak (176).